Electronic Resource
47 Persoalan Qadar dan Qadha.
Qadha adalah penulisan kehendak dan penciptaan Allah sejak zaman azali. Qadar adalah ilmu pelaksanaan dari qadha. Qadha dan qadar biasa disebut dengan taqdir. Dalil adanya qadha dan qadar berupa ayat-ayat al qur’an dan hadits nabi. Semua taqdir Allah adalah baik. Di antara taqdir Allah itu, ada yang baik seluruhnya dan ada yang buruk pada dzahirnya namun di sebalik itu yang dikehendaki oleh Allah tetap baik. Kata qadar lebih sering disebut di dalam al qur’an karena qadar meliputi qadha. Dalam mensikapi adanya qadha dan qadarUmat Islam terbahagi kepada tiga aliran dalam persoalan ini:
1. al-Qadariyyah mengatakan manusia bebas memilih apa jua tindakan (mukhayyar) dan Allah tidak memiliki kaitan dengan pilihan itu.
2. al-Jabariyyah mengatakan manusia tidak bebas memilih apa jua tindakan (musayyar) dan Allah mengikat semua pilihan itu.
3. Ahlus-Sunnah wal jama’ah berada di pertengahan di antara kelompok pertama dan kedua di atas.
Menurut Ahlus- Sunnah wal jama’ah manusia bebas memilih tindakannnya, namun tercapai atau tidak bergantung kepada kehendak Allah. Jika pilihan itu sesuai dengan kehendak Allah, maka Allah akan memudahkan sebab-sebab untuk dia mencapai pilihannya itu. Sebaliknya jika ia tidak sesuai dengan kehendak Allah, maka Allah akan menyukarkan sebab-sebab sehingga dia tidak mencapai pilihannya itu.
Lafadz Insya Allah amat berkaitan dengan qadar dan qadha. InsyaAllah itu memilih sesuatu tindakan lalu menyerahkan pilihannya kepada kehendak Allah demikian juga dengan kalimah “Masya Allah lahaula wala quwwata illa billah” juga memiliki kaitan dengan qadar dan qadha, disebut atau diucapkan apabila seseorang itu mendapat atau melihat sesuatu nikmat atau kurniaan. Apabila menyebutnya, bererti seseorang itu menyandarkan nikmat atau kurniaan itu kepada kehendak Allah dan mengakui bahwa tidaklah dia memiliki kekuatan ke atas nikmat atau kurniaan tersebut melainkan ia adalah kehendak Allah. Apabila ditimpa musibah, sikap yang utama ialah ridha kepadanya, maksudnya hati dalam keadaan tenteram lagi senang menerimanya. Sikap ini pada hakikatnya amat sukar dan jarang-jarang dapat dicapai oleh manusia. Takziah atau belangsukawa bererti menganjurkan orang yang ditimpa musibah untuk bersabar. Ia berkait rapat dengan musibah kerana musibah lazim berlaku tanpa diduga dan ia kerap menimpa dalam keadaan seseorang tidak bersedia menerimanya. Surga dan neraka adalah tempat yang disediakan oleh Allah. Sejak zaman azali Allah sudah mengetahui siapakah di kalangan hamba-Nya yang akan memasuki syurga. Sebagai manusia, kita tidak tahu sama ada akan memasuki syurga atau neraka. Justeru hendaklah kita beramal, nescaya Allah akan membalas amalan kita itu dengan syurga. Namun anugerah syurga jauh lebih besar berbanding amalan kita, maka janganlah kita anggap syurga itu adalah rahmat Allah yang melimpah-limpah kepada kita
Tawakkal ialah pergantungan hati seseorang kepada Allah Swt. Orang yang bertawakkal memiliki keutamaan yang besar di dunia dan di akhirat. Orang yang bertawakkal ialah orang yang hidupnya sentiasa berhubung, bergantung dan berpaksi kepada Allah. Semua tidak bermakna melawan taqdir Allah. Semua ini masih masuk dalam ruang lingkup qadar dan qadha kerana apa yang dibuat oleh manusia sudah diketahui oleh Allah sejak azali dan tercapai atau tidak perbuatan itu bergantung kepada kehendak Allah. Adapun perbuatan mungkar yang dilakukan oleh manusia, maka ia tidak boleh disandarkan kepada penciptaan Allah. Memang, Allah yang mencipta untuk manusia berkemampuan memilih namun manusia yang menggunakan kemampuan tersebut untuk memilih kemungkaran. Allah yang mencipta segala sesuatu tetapi manusia yang menggunakan segala sesuatu tersebut untuk membuat kemungkaran. Allah mencipta segala sesuatu. Tidak ada pencipta selain Allah. Di antara ciptaan Allah ada yang merupakan perlaksanaan (qadha) terhadap qadar-Nya. Di antara ciptaan Allah ada yang merupakan kemampuan dan sebab-sebab bagi membolehkan manusia berbuat. Allah mencipta semua perbuatan manusia sementara manusia hanya membuatnya. Semua perbuatan manusia duduk dalam wilayah qadar dan qadha Allah kerana sejak azali Allah sudah mengetahui apa yang akan dia buat dan kehendak Allah menentukan tercapai atau tidak perbuatan itu. Orang yang membuat kemungkaran, dia sebenarnya menyalahgunakan ciptaan Allah untuk menderhakai Allah. Taqdir terbagi kepada dua jenis, yaitu :
1. Taqdir Mubram ialah taqdir yang muktamad dan ia tertulis di Luh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan kepada taqdir ini.
2. Taqdir Mu’allaq ialah taqdir yang tertulis dalam catatan para malaikat. Dengan kehendak Allah, taqdir ini boleh tetap dan boleh berubah bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia.
Kesimpulan
1. Allah Swt. sejak azali sudah mengetahui apa akan berlaku kepada anda dan sudah menulisnya di Luh Mahfuz.
2. Allah membuat dan mencipta mengikut kehendak-Nya dan kita sebagai manusia berada di bawah kehendak Allah.
3. Di sebalik setiap kehendak Allah terdapat hikmah. Sebagian dari hikmah itu dapat kita ketahui dan sebagian lagi merupakan rahasia yang tidak kita ketahui.
4. Peranan kita terhadap qadar dan qadha ialah meneruskan kehidupan dengan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya.
5. Apa jua kebaikan yang kita peroleh, hendaklah kita sandarkan kepada Allah dengan pujian dan kesyukuran.
6. Apa jua keburukan yang kita perolehi, hendaklah kita sandarkan kepada Allah dengan keredhaan atau setidak-tidaknya dengan kesabaran.
7. Hendaklah kita menahan diri dari berbincang, berdebat dan berteori berkenaan qadar dan qadha.
Banyak orang yang tercemar tauhidnya, rusak imannya dan tersesat ke jalan lain kerana membebaskan diri dalam hal ini. Hendaklah anda merendahkan diri menuntut ilmu qadar dan qadha dari sumber Ahlal-Sunnah wa al-Jamaah saja.
Tidak tersedia versi lain